Monday, 3 October 2011

Barakallah...


Alhamdulillah.Mereka gembira saya pun gembira.InsyaAllah bulan September-October-Nov ramai sahabat/orang terdekat bakal/sudah mendirikan bait muslim mereka. Saya pun excited. Saya excited juga nak dirikan bait muslim? owh, bukan sekali.Saya excited melihat mereka gembira, berseri.

1) Kak Hani Sabrina dan Abg Zulhimi (september)
Kak Hani kakak naqibah saya.Rasa frust juga tak dapat hadirkan diri ketika hadirnya detik-detik keemasan kakak naqibah ni.Ada program ketika itu.Tapi alhamdulillah masih faham mana yang lebih penting.Tanggungjawab lain  lebih penting ketika itu.Lama dah kak hani bgtahu tarikh walimah dia.Mabruk alaih akak. 
We always inspired by her. her academic, her life, her caree, her spirit..
See her wedding, very simple n fulfill by islamic concept.Like2.
 
2) Wan Ahmad Faiz dan Fatini (October)
faiz@matpa. Lama dah kenal sahabat ini.Sejak dari foundation lagi. Maka, kenal lah dari dia kecil sehingga besar.Dah besar, dah jadi suami orang rupaya matpa. Fatini pula, perna datang rumah sewa saya dan rakan ketika berpraktikal di kerteh. Sungguh misteri kehadiran nya. Lebih-lebih lagi bila syuhada kata fatini sepupu die.fatini datang ke kerteh untuk uruskan hal-hal bakal rumahtangga mereka.Masa itu kami tidak tahu tentang perkara ini. ( gelaran rahsia). sampai sekarang orang ingat fatini.sepupu syuhada.
Apapun mabruk ya akhi wa ukhti!




3) Shafiqah dan suaminya(tak pastilah nama): 4 syawal

Haa..yang ini lagi ajaib. Terkejut kami bila fifi menghantar khabar yang dia bakal mendirikan rumah tangga. Ini sahabat sepermainan ketika sekolah menengah. Setiap kali balik bermalam, kami beramai2 akan naik bas yang boleh dikira tingkapnya hampir tercabut@ala2 roller coaster dah. Dan setiap kali itulah banyaklah peristiwa kejar bas, pengsan beramai-ramai dalam bas. Tapi kini, fifi sudah menjadi isteri orang. Dah tak boleh bergurau seperti dulu dah.Yang best ketika walimah ini, ramai sahabat2 kusses yang hadir. dah jadi reunion pula walimah fifi.Apapun fifi,semoga dikurniakan keluarga yang dilimpah mawaddah dan rahmah. Ameen. :)



4) dan yang terakhir. Rizan@ije dan Nad. (october)
Dua-dua bekas athlete. Kenal nad pun masa sama-sama join 4x100m. Ije excourse mate dan jga rakan usrah.Mabruk alaih..


Dan bakal menyusul salah seorang sahabat usrah saya, yang pernah tinggal serumah dan berpraktikal bersama.Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.


dan saya?????

saya memang terfikir untuk mendirikan rumah tangga.  Tidak dinafikan.Selalu kita inginkan yang indah, tetapi untuk mengecapi yang indah itu, pelbagai cabaran harus dilalui. Kini, bagi saya mendirikan bait muslim bukanlah suatu perkara yang "ecxited" seperti orang lain gembar gemburkan. Terlalu banyak perkara yang harus dibalancekan antara tanggungjawab pada masyarakat, islam, keluarga asal, keluarga mertua dan keluarga yang bakal dibina. Biarlah segala keputusan yang bakal dibuat tidak mengecewaka/mengecilkan hati mana-mana pihal.Cukuplah kini saya gembira melihat sahabat-sahabat dan insyaAllah redha dengan ketentuan Allah. Dia sebaik-baik maha perancang. :)

REUNION

Sementara tunggu masa ke klinik,coret-coret sikit di blog.
Seronok sekarang ni tengok mak dan ayah sibuk dengan reunion mereka.
Kawan yang dah lama tak ketemu, almost 40 years dan kemudian gather semula.
Atleast both of them get something to be shared..
 Kalau kenduri anak salah seorang alumni, habis semua turun. Hasilnya, kenduri itu akan dipenuhi oleh kawan2 sekolah ayah dia. Bukan kawan-kawan sekolah pengantin itu. Huk3.

  Ayah's gathering : Clifford School Kuala Kangsar 
Emak's Gathering : Sek Men Vokasional, Setapak, KL.

Saya diajar banyak tentang friendship@ukhuwah secra teori dan amalidikampus.
Sebelum join usrah saya memang tidak ramai kawan. Masa minggu orientasi jalan sorang-sorang je kemana-mana. Environment  di Uni berbeza sekali berbanding disekolah. 
 Ahamdulillah, rakan-rakan usrah saya dapat menerima saya walaupun bagi saya, saya jauh tertinggal dr sudut-sudut ilmu agama, cara hidup islam yang sempurna dan pelbagai lagi. Banyak benda yang bg saya susah nak dapat, saya dapat bersama mereka. Tapi biasa dalam persahabatan ada manis, pahit etc.  
Hopefully, our memory will be remain forever.Bukan sekadar ukhuwah dimulut.
kawan-kawan seusrah diuni

Tapi alhamdulillah saya amat menghargai persahabatan disekolah lama walaupun kami tidak diajar erti ukhuwah secara teori dan bagi saya ia lebih kepada natural force. Mereka banyak mengisi suka duka. Masa membesar banyak dihabiskan bersama mereka.
Thanks for being such a great friends. Thank to Allah for the best gift!
Really looking forward for upcoming reunion (bila nth tu) with them . :)

BFF ketika disekolah. Are they still remember all the memory spent together? 


            Ya Allah…
           "Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku."

Sunday, 2 October 2011

7 Sunnah Rasulullah~

.InsyaAllah entry ini sangat menarik. Bila terlepas dari jadual yang ketat dan full time di rumah, hidup saya mula agak longgar. Sekarang adalah masa untuk menyesuaikan dengan masa lapang yang banyak terluang..Sunnah Rasulullah yang insyaAllah boleh menjadikan amalan harian


Saturday, 1 October 2011

Bismillahirahmanirrahim...

 Bismillahirrahmanirrahim..
1.07 am, Ahad. Percubaan beberapa kali setelah menjadi hangat-hangat tahi ayam. Ketika ini hujan renyai. Mudah-mudahan kali ini memperoleh rahmat dan dipermudahkan urusan, amin. blog sebagai pengisian masa lapang. Bukan untuk mendedahkan hal-hal peribadi.Mudah-mudahan terjaga aib diri dan fitnah.

p/s : Antara waktu doa dimakbulkan, adalah ketika hujan turun.