Alhamdulillah.Mereka gembira saya pun gembira.InsyaAllah bulan September-October-Nov ramai sahabat/orang terdekat bakal/sudah mendirikan bait muslim mereka. Saya pun excited. Saya excited juga nak dirikan bait muslim? owh, bukan sekali.Saya excited melihat mereka gembira, berseri.
1) Kak Hani Sabrina dan Abg Zulhimi (september)
Kak Hani kakak naqibah saya.Rasa frust juga tak dapat hadirkan diri ketika hadirnya detik-detik keemasan kakak naqibah ni.Ada program ketika itu.Tapi alhamdulillah masih faham mana yang lebih penting.Tanggungjawab lain lebih penting ketika itu.Lama dah kak hani bgtahu tarikh walimah dia.Mabruk alaih akak.
We always inspired by her. her academic, her life, her caree, her spirit..
See her wedding, very simple n fulfill by islamic concept.Like2.
2) Wan Ahmad Faiz dan Fatini (October)
faiz@matpa. Lama dah kenal sahabat ini.Sejak dari foundation lagi. Maka, kenal lah dari dia kecil sehingga besar.Dah besar, dah jadi suami orang rupaya matpa. Fatini pula, perna datang rumah sewa saya dan rakan ketika berpraktikal di kerteh. Sungguh misteri kehadiran nya. Lebih-lebih lagi bila syuhada kata fatini sepupu die.fatini datang ke kerteh untuk uruskan hal-hal bakal rumahtangga mereka.Masa itu kami tidak tahu tentang perkara ini. ( gelaran rahsia). sampai sekarang orang ingat fatini.sepupu syuhada.
Apapun mabruk ya akhi wa ukhti!
3) Shafiqah dan suaminya(tak pastilah nama): 4 syawal
Haa..yang ini lagi ajaib. Terkejut kami bila fifi menghantar khabar yang dia bakal mendirikan rumah tangga. Ini sahabat sepermainan ketika sekolah menengah. Setiap kali balik bermalam, kami beramai2 akan naik bas yang boleh dikira tingkapnya hampir tercabut@ala2 roller coaster dah. Dan setiap kali itulah banyaklah peristiwa kejar bas, pengsan beramai-ramai dalam bas. Tapi kini, fifi sudah menjadi isteri orang. Dah tak boleh bergurau seperti dulu dah.Yang best ketika walimah ini, ramai sahabat2 kusses yang hadir. dah jadi reunion pula walimah fifi.Apapun fifi,semoga dikurniakan keluarga yang dilimpah mawaddah dan rahmah. Ameen. :)
4) dan yang terakhir. Rizan@ije dan Nad. (october)
Dua-dua bekas athlete. Kenal nad pun masa sama-sama join 4x100m. Ije excourse mate dan jga rakan usrah.Mabruk alaih..
Dan bakal menyusul salah seorang sahabat usrah saya, yang pernah tinggal serumah dan berpraktikal bersama.Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.
dan saya?????
saya memang terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Tidak dinafikan.Selalu kita inginkan yang indah, tetapi untuk mengecapi yang indah itu, pelbagai cabaran harus dilalui. Kini, bagi saya mendirikan bait muslim bukanlah suatu perkara yang "ecxited" seperti orang lain gembar gemburkan. Terlalu banyak perkara yang harus dibalancekan antara tanggungjawab pada masyarakat, islam, keluarga asal, keluarga mertua dan keluarga yang bakal dibina. Biarlah segala keputusan yang bakal dibuat tidak mengecewaka/mengecilkan hati mana-mana pihal.Cukuplah kini saya gembira melihat sahabat-sahabat dan insyaAllah redha dengan ketentuan Allah. Dia sebaik-baik maha perancang. :)





No comments:
Post a Comment